Lokap
Lokap ialah bilik kurungan di sesebuah balai polis. Setiap balai polis mesti mempunyai sekurang-kurangya sebuah lokap. Semua tahanan atau suspek akan ditahan di lokap untuk memudahkan siasatan lanjut.
Pegawai siasatan polis ditekan dan tertekan oleh keluarga tahanan dan ahli politik kerana tahanan masih dalam siasatan dan belum dapat banyak bukti. Sebarang bukti tidak boleh didedahkan kepada media dan ahli keluarga. Polis perlu menjalani proses mahkamah untuk menentukan seseorang boleh ditahan reman selama seminggu atau dua minggu, bergantung kepada jenayah yang dilakukan. Dalam banyak kes, hakim tidak membenarkan seseorang ditahan reman.
Ada juga tahanan yang ditahan di penjara dan tidak pernah dibicarakan. Penjara Teluk Guantanamo di tepian pulau Cuba adalah contoh terbaik.