Loji Penapis Minyak Terengganu
Loji Penapis Minyak Terengganu ini dibuka secara rasmi pada 3 Oktober 1983. Terletak di pantai Paka, Dungun di negeri Terengganu.
Loji Penapis Minyak Terenganu telah dilancarkan pada 9 Mac 1983. Pada bulan April 1984, bahan keluaran pertama iaitu nafta, telah dieksport ke Jepun.
Loji Penapis Minyak Terengganu adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia. Ia dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.
Kompleks Loji Penapis Minyak Terengganu ini dibina dengan belanja RM260 juta. Kemudahan-kemudahan yang disedikana adalah unit perolehan semula dan loji pengisian untuk gas petroleum cecair (GPC), kemudahan marin, loji janakuasa dan kemudahan pengedaran bahan-bahan keluaran. Fungsi utama Loji Penapis Minyak Terengganu ini adalah untuk menapis minyak mentah menjadi bahan-bahan keluaran untuk diedarkan ke pasaran. Selain dari itu Loji Penapis Minyak Terengganu ini juga memberi bekalan kuasa kepada projek-projek petroleum lain yang berhampiran.
Pembinaan Loji Penapis Minyak Terengganu ini adalah amat penting bagi industri petroleum di Malaysia. Ia juga penting dalam membantu pembangunan kawasan setempat kerana dengan terbinanya Loji Penapis Minyak Terengganu ini, kemudahan-kemudahan lain dapat disediakan seperti pelabuhan, lapangan terbang, perumahan dan pembangunan masyarakat.