Loji Kuasa Nuklear Onagawa

Loji Kuasa Nuklear Onagawa
Loji Kuasa Nuklear Onagawa
Lokasi Loji Kuasa Nuklear Onagawa
NegaraJepun
Koordinat38°24′04″N 141°29′59″E / 38.40111°N 141.49972°E / 38.40111; 141.49972
Pembinaan bermula08 Julai 1980 (1980-07-08)
Tarikh tauliah01 Jun 1984 (1984-06-01)
PengendaliTohoku Electric Power Company
Maklumat reaktor
Reactors operational1 x 524 MW
2 x 825 MW
Maklumat janaan kuasa
Janaan tahunan5,283 GW·h
Jumlah janaan157,545 GW·h
Tapak web
versi bahasa Jepun, versi bahasa Inggeris
As of 25 Julai 2007

Loji Kuasa Nuklear Onagawa (女川原子力発電所, Onagawa genshiryoku hatsudensho, Onagawa NPP) ialah sebuah loji kuasa nuklear yang terletak di atas tapak seluas 1,730,000 m2 (432 ekar) di Onagawa di Daerah Oshika dan bandaraya Ishinomaki, Wilayah Miyagi, Jepun. Ia diurus oleh Tohoku Electric Power Company.

Loji ini mematuhi sepenuhnya ISO 14001, iaitu piawaian pengurusan alam sekitar antarabangsa. Air haba sisa loji keluar 7 darjah Celsius lebih tinggi daripada ketika masuk dan dilepaskan di paras 10 meter bawah permukaan air untuk mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar. Semua reaktornya dibina oleh Toshiba.