Loji Kuasa Nuklear Fukushima I

Fukushima I Nuclear Power Plant
Lokasi Fukushima I Nuclear Power Plant
NegaraJepun
LokasiŌkuma, Fukushima
Koordinat37°25′22.7″N 141°01′58.5″E / 37.422972°N 141.032917°E / 37.422972; 141.032917
StatusUnit 1-4: Musnah teruk, dilupuskan
Unit 5-6: Rosak sedikit, dimatikan
Pembinaan bermula25 Julai 1967 (1967-07-25)
Tarikh tauliah26 Mac 1971 (1971-03-26)
PengendaliTokyo Electric Power Company
PembinaKajima
Maklumat reaktor
Reactors operational1 × 460 MWe (Unit 1 rosak)
4 × 784 MWe (Unit 2, 3, dan 4 rosak; Unit 5 mengalami masalah penyejukan)
1 × 1,100 MWe (Unit 6 mengalami masalah penyejukan)
Reactors planned2 × 1,380 MWe
Reactor type(s)Reaktor Air Didih
Reactor supplier(s)General Electric
Toshiba
Hitachi
Maklumat janaan kuasa
Keupayaan tersedia4,696 MW
Keupayaan maksimum7,456 MW
Janaan tahunan29,891 GW·h
Jumlah janaan877,692 GW·h
Tapak web
http://www.tepco.co.jp/nu/f1-np/press_f1/2010/2010-j.html
As of March 14, 2011
Webcam

Loji Kuasa Nuklear Fukushima I (福島第一原子力発電所, Fukushima Dai-ichi (pronunciation) Genshiryoku Hatsudensho, Fukushima I NPP), juga dikenali sebagai Fukushima Dai-ichi (dai-ichi bermaksud "nombor satu" atau "pertama"), merupakan sebuah loji janakuasa nuklear yang terletak di sebidang tanah berkeluasan 3,500,000-meter-persegi (860-ekar) di pekan Okuma dan Futaba di Daerah Futaba, Wilayah Fukushima, Jepun. Loji yang mula digunakan pada tahun 1971 ini terdiri daripada enam reaktor air didih (boiling water reactor, BWR). Reaktor-reaktor air ringan ini memacu penjana elektrik dengan kuasa sejumlah 4.7 GWe, menjadikan Fukushima I sebagai salah satu daripada 15 buah stesen kuasa nuklear yang terbesar di dunia. Fukushima I merupakan loji nuklear pertama yang dibina dan dikendali sepenuhnya oleh syarikat Tokyo Electric Power Company (TEPCO). Loji ini mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi 9.0 yang disusuli oleh tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011, sekaligus mematikan sistem penyejukan reaktor sambil mencetuskan perintah berpindah yang meluas di kawasan sekeliling loji, oleh itu ia tiada harapan untuk dibuka semula.

Loji Kuasa Nuklear Fukushima II, atau Fukushima Dai-ni, terletak 11.5 kilometer (7.1 bt) di selatan Fukushima I dan juga dikendali oleh TEPCO.