Loh Chee Heng
Loh Chee Heng ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan ADN Teluk Datuk selama sepenggal (2013-2018). Beliau dipecat daripada DAP pada 14 Mei 2016 kerana salah guna dana. Pada 22 Mei 2019, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM66,900 selepas mengaku bersalah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM33,380 kononnya untuk program kemasyarakatan.
Loh Chee Heng | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Teluk Datuk | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Didahului oleh | Tan Choon Swee |
| Digantikan oleh | Lau Weng San |
| Majoriti | 5,391 (PRU-13) |
| Maklumat peribadi | |
| Parti politik | (-2016) |