Lisa Haydon
Lisa Haydon | |
|---|---|
Haydon pada 2018 | |
| Kelahiran | Elisabeth Marie Haydon 17 Jun 1986 |
| Warganegara | Australia |
| Nama lain | Lisa Lalvani |
| Pekerjaan | Model, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2010–kini |
| Ketinggian | 181 cm (5 ka 11 in) |
| Pasangan | Dino Lalvani (k. 2016) |
| Anak-anak | 3 |
Elisabeth Marie "Lisa" Haydon (lahir 17 Jun 1986) ialah seorang pelakon, pengacara TV dan model Australia, yang kebanyakannya bekerja di filem Hindi. Haydon mula berlakon dengan menjayakan watak pembantu dalam filem romantik komedi 2010 Aisha dan menerima pujian bagi persembahannya dalam komedi drama Queen, yang menerima pengiktirafan dan pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Filmfare, dan anugerah lain. Haydon kemudian berlakon dalam filem komedi paling berjaya Housefull 3 dan membuat kemunculan khas dalam filem drama romantik arahan Karan Johar, Ae Dil Hai Mushkil (kedua-duanya 2016).