Lintas terbang

Suatu lintas terbang merujuk kepada operasi penerbangan angkasa di mana kapal angkasa melintas mendekati suatu badan samawi, biasanya badan sasaran misi penerokaan angkasa dan/atau sumber bantuan graviti untuk melajukan kapal angkasa dalam perjalanan ke arah sasaran lain. Kapal angkasa yang direka khusus untuk tujuan ini dikenali sebagai kapal angkasa litas terbang, walaupun istilah ini juga telah digunakan bagi lintasan-lintasan lain, seperti lintasan asteroid di Bumi sebagai contoh. Parameter penting dalam menjayakan suatu lintas terbang termasuk masa dan jarak pendekatan terdekat.