Linda Arvidson
Linda Arvidson | |
|---|---|
Linda Arvidson, 1916 | |
| Kelahiran | Linda Arvidson Johnson 12 Julai 1884 San Francisco, California, A.S. |
| Meninggal dunia | Julai 26, 1949 (umur 65) New York City, New York, A.S. |
| Nama lain | Linda Griffith |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1907–1916 |
| Pasangan | D.W. Griffith (k. 1906–1936); bercerai |
Linda Arvidson Johnson (12 Julai 1884 – 26 Julai 1949), dikenali sebagai Linda Arvidson, merupakan pelakon Amerika Syarikat di era filem senyap.
Arvidson merupakan isteri pertama pengarah filem, D.W. Griffith. Beliau banyak memegang watak utama dalam filem-filem terawal arahan Griffith. Dalam perfileman, beliau adakala dikreditkan sebagai Linda Griffith. Pasangan ini berkahwin pada 14 Mei 1906 dan berpisah sekitar 1912 sebelum akhirnya bercerai pada 2 Mac 1936 apabila Griffith berhasrat untuk mengahwini Evelyn Baldwin.
Beliau mengeluarkan autobiografinya sendiri, When the Movies Were Young (1925, 1968).