Lilo & Stitch
| Lilo & Stitch | |
|---|---|
Poster Lilo & Stich | |
| Pengarah | Chris Sanders Dean DeBlois |
| Penulis | Chris Sanders Dean DeBlois |
| Berdasarkan | Idea dari Chris Sanders |
| Dihasilkan oleh | Clark Spencer |
| Dibintangi | Chris Sanders Daveigh Chase Tia Carrere David Ogden Stiers Kevin McDonald Ving Rhames] Jason Scott Lee |
| Disunting oleh | Darren T. Holmes |
| Muzik oleh | Alan Silvestri |
Syarikat penerbitan | Walt Disney Feature Animation |
| Diedarkan oleh | Walt Disney Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 85 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Bajet | $80 juta |
| Pecah panggung | $273,144,151 |
Lilo & Stitch ialah sebuah filem animasi terbitan Syarikat Walt Disney, diterbitkan oleh Walt Disney Pictures, dan ditayangkan ke teater oleh Buena Vista Pictures pada tanggal 16 Jun 2002. Filem cetera animasi Disney yang ke-42 ini ditulis dan diarah oleh Chris Sanders dan Dean DeBlois, serta merupakan filem animasi Disney kedua yang penerbitannya berpusat di studio Walt Disney Feature Animation Florida yang terletak dalam Disney-MGM Studios, di taman tema Walt Disney World di Orlando, Florida. Lilo & Stitch pernah dicalonkan untuk Filem Animasi Terbaik Anugerah Akademi 2002.