Liga Super Malaysia 2013
| Musim | 2013 |
|---|---|
| Juara | LionsXII |
| Disingkirkan | Negeri Sembilan FA Felda United FC |
| Piala AFC | Kelantan FA Selangor FA |
| Jumlah perlawanan | 132 |
| Jumlah gol | 323 (2.45 per perlawanan) |
| Penjaring gol terbanyak | Marlon Alex James (ATM FA) (16 gol) |
| Kemenangan terbesar tuan rumah | PKNS FC 5 – 0 Felda United FC (18 Mei 2013) |
| Kemenangan terbesar pelawat | Felda United FC 0 – 4 T-Team FC (21 Jun 2013) Terengganu FA 0 – 4 Kelantan FA (21 Jun 2013) |
| Gol tertinggi | PKNS FC 4 – 5 Pahang FA (6 Julai 2013) |
| Menang berturut-turut paling lama | 4 perlawanan Kelantan FA (21 Jun - 6 Julai 2013) |
| Tanpa kalah paling lama | 16 perlawanan LionsXII |
| Tanpa menang berturut-turut paling lama | 16 perlawanan Negeri Sembilan FA |
| Kalah berturut-turut paling lama | 5 perlawanan T-Team FC (27 April - 17 Mei 2013) |
← 2012 2014 → | |
Astro Liga Super Malaysia 2013 merupakan edisi yang ke-10 sejak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. Dua belas (12) pasukan bertanding berbanding empat belas (14) pasukan pada musim 2012; enam (6) pasukan negeri, lima (5) pasukan kelab dan satu pasukan kebangsaan dari Singapura.
Astro, sebuah syarikat penyiaran televisyen satelit Malaysia akan terus menjadi penaja utama Liga.