Liga Super Malaysia 2011

Astro Liga Super Malaysia
Musim2011
JuaraKelantan
DisingkirkanPerlis dan Pahang
Piala AFC 2012Kelantan
Jumlah perlawanan169
Jumlah gol440 (2.6 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyak20 gol
Abdul Hadi Yahya (Terengganu)
Kemenangan terbesar tuan rumahKelantan 6–0 Felda United FC
(9 April 2011)
Kemenangan terbesar pelawatFelda United FC 2–6 Terengganu
(6 Julai 2011)
Gol tertinggiPerak 5–3 Kuala Lumpur
(26 April 2011)
2010
2012


Liga Super Malaysia musim 2011 merupakan edisi yang ke-8 sejak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. 14 pasukan akan bertanding; 11 pasukan negeri dan 3 pasukan kelab. Dua pasukan terbaik dari Liga Perdana 2010 dinaikkan ke Liga Super tahun ini. Disamping itu, Harimau Muda A, pasukan bawah-21 tahun Malaysia juga menyertai Liga Super tahun ini, menggantikan tempat PLUS FC yang menarik diri dari saingan liga Malaysia pada akhir tahun 2010.

Musim 2011 bermula pada 29 Januari 2011 dan berakhir pada 30 Julai 2011. Selangor merupakan penyandang juara liga.