Liga Super Malaysia 2009

Liga Super Malaysia
Musim2009
JuaraSelangor
DisingkirkanPDRM FA
Piala AFC 2010Selangor
(peringkat kumpulan)
Jumlah perlawanan182
Jumlah gol542 (2.98 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyak18 gol
Mohd Nizaruddin Yusof (Perlis FA)
2008
2010

Liga Super Malaysia musim 2009 merupakan edisi yang ke-6 sejak ditubuhkan tahun 2004. Liga ini mempunyai 14 pasukan yang terdiri daripada 10 pasukan negeri, 3 pasukan kelab dan 1 dari polis. Tiga pasukan terbaik dari Liga Perdana 2008 berjaya mendapatkan tempat Liga Super tahun ini. Kelab dari Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) tidak dapat menyertainya atas sebab-sebab teknikal. Liga ini membuka tirai pada 3 Januari 2009 dengan perlawanan Sumbangsih antara dua musuh tradisi Kedah dengan Selangor di Stadium Darul Aman, Alor Setar.