Liga Super Malaysia

Malaysia Super League
ليݢ سوڤر مليسيا
Liga Super Malaysia
Negara Malaysia
Brunei Darussalam
KonfederasiAFC
Ditubuhkan2004 (2004)
Divisyen1
Bilangan pasukan13
Disingkirkan keLiga Semi-Pro A1 Malaysia
ArasTahap 1
Piala domestik
Piala antarabangsa
Juara semasaJohor Darul Ta'zim (2024–25)
Kejuaraan terbanyakJohor Darul Ta'zim
(11 Trofi)
Tapak sesawangLaman Rasmi
Musim 2025–26

Liga Super Malaysia (Jawi: ليݢ سوڤر مليسيا) merupakan pertandingan bola sepak tahap tertinggi di Malaysia. Ia menggantikan Liga-M sebagai bahagian tertinggi suatu masa dahulu. Liga Super Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada Liga-M sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan Liga Super Malaysia agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia iaitu semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921. Terdapat 12 kelab akan berentap di dalam Liga Super Malaysia dan 2 kelab terbawah biasanya akan disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia. Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk menswastakan Liga Super Malaysia dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2004, Liga Super Malaysia pernah menggunakan 8 kelab yang mana setiap kelab akan bermain 3 pusingan (21 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah dan pelawat manakala pusingan ketiga akan dihoskan oleh stadium yang mempunyai bilangan penonton yang lebih besar berdasarkan dua pusingan terawal.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2009, Liga Super Malaysia mempunyai 14 kelab yang menyaksikan format tuan rumah dan pelawat sahaja digunakan 2 pusingan (26 perlawanan). Selain itu, setiap pasukan juga tidak dibenarkan memiliki pemain asing.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2012, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan 4 pemain import dengan 1 daripadanya adalah kuota pemain dari negara Asia.

Pada musim 2024–25, ini akan menjadi musim pertama Liga Super Malaysia secara rasmi menggunakan teknologi pembantu pengadil video (VAR).