Liga Perdana Inggeris 2019–20
| Musim | 2019–20 |
|---|---|
| Tarikh | 9 August 2019 – 26 July 2020 |
| Juara | Liverpool Gelaran Pertama Liga Perdana Inggeris Gelaran kesembilan belas kejuaraan Inggeris |
| Disingkirkan | Bournemouth Watford Norwich City |
| Liga Juara-Juara UEFA | Liverpool Manchester City |
| Piala Liga Europa UEFA | Leicester City Tottenham Hotspur Arsenal |
| Jumlah perlawanan | 380 |
| Jumlah gol | 1034 (2.72 per perlawanan) |
| Penjaring gol terbanyak | Jamie Vardy (23 goL) |
| Kemenangan terbesar tuan rumah | Manchester City 8–0 Watford (21 September 2019) |
| Kemenangan terbesar pelawat | Southampton 0–9 Leicester City (25 Oktober 2019) |
| Gol tertinggi | Southampton 0–9 Leicester City (25 Oktober 2019) |
| Menang berturut-turut paling lama | Liverpool (18 perlawanan) |
| Tanpa kalah paling lama | Liverpool (27 perlawanan) |
| Tanpa menang berturut-turut paling lama | Watford (11 perlawanan) |
| Kalah berturut-turut paling lama | Norwich City (9 perlawanan) |
| Kehadiran | 11,322,096 |
| Kehadiran tertinggi | 73,737 Manchester United 1–1 Liverpool (20 Oktober 2019) |
| Kehadiran terendah | 10,020 Bournemouth 0–1 Burnley (21 Disember 2019) Tidak termasuk perlawanan setelah penangguhan musim kerana, apabila disambung semula, semua permainan mempunyai had kehadiran 300 orang untuk alasan kesihatan awam. |
| Purata kehadiran | 39,312 |
← 2018–19 2020–21 →
Semua statistik tepat pada 20 Julai 2020. | |
Liga Perdana Inggeris 2019–20 adalah musim ke-28 liga bola sepak profesional Inggeris, sejak penubuhannya pada tahun 1992. Manchester City adalah juara bertahan untuk tahun kedua berturut-turut, setelah memenangi tiga kejuaraan domestik musim sebelumnya. Liverpool memenangi kejuaraan liga pertama mereka sejak tahun 1990, yang merupakan kejuaraan pertama era Liga Perdana Inggeris dan ke-19 secara keseluruhan.
Musim tersebut dihentikan selama lebih tiga bulan, berikutan keputusan pada 13 Mac 2020 yang dibuat oleh Liga Perdana Inggeris untuk menggantung liga selepas beberapa pemain dan kakitangan kelab lain telah jatuh sakit disebabkan oleh wabak COVID-19. Penangguhan awal sehingga 4 April dan kemudian dilanjutkan hingga pertengahan bulan Jun. Musim tersebut dimulakan dengan dua perlawanan pada 17 Jun dan satu perlawanan penuh dimainkan pada hujung minggu pada 19–22 Jun.
Pada 2019-2020 sistem tinjauan pembantu pengadil video (VAR) diperkenalkan. Perubahan terhadap undang-undang yang mempengaruhi hantaran belakang, penalti, bola mengenai tangan, dan penggantian juga diperkenalkan pada 2019-20.