Liga Kebangsaan bagi Demokrasi

Liga Demokrasi Kebangsaan
Bahasa Burma: အမျိုးသား ဒီမိုကရေစီအဖွဲ့ချုပ်
Nama MelayuLiga Demokrasi Kebangsaan
Nama Burmaအမျိုးသား ဒီမိုကရေစီအဖွဲ့ချုပ်
PengerusiAung San Suu Kyi
Setiausaha agungAung San Suu Kyi
Setiausaha AgungAung San Suu Kyi (1988 – kini)
Naib PengerusiTin Oo
PengasasAung San Suu KyiWin Tin (en) Tin Oo (en) Aung Gyi (en)
Diasaskan27 September 1988 (1988-09-27)
Ibu pejabat97B Jalan Shwegondaing Barat, Perbandaran Bahan, Yangon, Myanmar
IdeologiDemokrasi sosial
Kedudukan politikTengah kiri
Warna    
Tapak sesawangwww.nldburma.org
Kerusi di Amyotha Hluttaw
5 / 224
Kerusi di Pyithu Hluttaw
37 / 440
Bendera parti
  • Politik Myanmar
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata

Liga Demokrasi Kebangsaan (Bahasa Burma: အမျိုးသား ဒီမိုကရေစီအဖွဲ့ချုပ်, IPA: [ʔəmjóðá dìmòkəɹèsì ʔəpʰwḛdʑoʊʔ]) ialah sebuah parti politik Myanmar yang diasaskan pada 27 September 1988. Pemenang Hadiah Keamanan Nobel 1991 Aung San Suu Kyi merupakan pengasas dan Setiausaha Agungnya kini.

Parti ini mendapat majoriti cukup besar dalam pilihan raya umum 1990. Bagaimanapun, junta tentera yang memerintah enggan menerima keputusan itu. Pada 6 Mei 2010, parti ini diisytiharkan haram dan diarahkan dibubarkan oleh junta selepas enggan mendaftar untuk pilihan raya 2010. Pada November 2011, LDK atau NLD mengumumkan hasrat mendaftar sebagai parti politik bagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pada 13 Disember 2011, Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan Myanmar meluluskan permohonan mereka.Dalam pilihan raya kecil Myanmar 2012, NLD memenangi kesemua 44 kerusi yang ditandinginya, daripada keseluruhan seats yang dipertandingkan. Walaupun cuma minoriti dalam parlimen 664-anggota, NLD muncul sebagai suara penting demokrasi dalam politik Myanmar. Aung San Suu Kyi sendiri memenangi kerusi Kawhmu di selatan Yangon.