Liga Juara-Juara UEFA 2012-13
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | 18 September 2012 – 25 Mei 2013 |
| Pasukan | 32 (kumpulan) 76 (semua) (dari 52 persatuan) |
| Tempat | Eropah |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Bayern Munich (Kejuaraan Ke-5) |
| Naib Juara | Borussia Dortmund |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 125 |
| Jaringan gol | 368 (2.94 per perlawanan) |
| Kehadiran | 5,612,656 (44,901 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Cristiano Ronaldo (12 gol) |
← 2011–12 2013–14 → | |
Liga Juara-Juara UEFA 2012-13 merupakan edisi ke-58 kejohanan bola sepak kelab Eropah dan edisi ke-22 di bawah format Liga Juara-Juara UEFA terkini.
Perlawanan akhir diadakan pada 23 Mei 2013 Stadium Wembley di London, England. Ini adalah pengiktirafan 150 tahun sejak pembentukan English Football Association, persatuan bola sepak tertua di dunia. Bayern Munich menjadi juara, menewaskan lawan Bundesliga mereka Borussia Dortmund 2–1 dalam perlawanan akhir bagi kejuaraan ke-5 mereka.
Chelsea adalah juara bertahan, namun terkeluar pada peringkat kumpulan, kali pertama juara bertahan terkeluar pada peringkat itu. Bagaimanapun mereka kemudian menjadi pasukan pertama memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Europa UEFA secara berturut-turut apabila menjuarai Liga Europa UEFA 2012–13.