Pokok akar

Pokok akar atau akar-akaran (liana) ialah jenis tumbuhan yang mengakar dari dalam tanah dan memanjat bahagian sebatang pokok lain yang tegak dan kukuh dengan sulur yang panjang naik ke atasnya untuk mendapatkan sinaran matahari. Pokok-pokok akar banyak ditemukan di kawasan-kawasan beriklim tropika kerana batang-batang panjang yang membawa air ke seluruh pokok boleh dijejaskan iklim sejuk yang boleh merosakkan sel-sel pembuluh. Ia disebarkan biji-biji benih yang boleh diterbangkan angin.

Pokok yang merumahkan jenis tumbuhan ini akan dibantutkan tumbesaran termasuk luar silara, dan pembiakannya sehingga jangka hayatnya boleh dipendekkan.