Letusan lelangit-gusi tak bersuara

IPA – nombor 103 (134)
IPA – teks t͡ʃ
IPA – imej
Entiti ʧ
X-SAMPA tS
Kirshenbaum tS
Contoh bunyi

Letusan lelangit-gusi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara t͡ʃ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan tS dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa Melayu, letusan lelangit-gusi tak bersuara dilambangkan oleh huruf Rumi c (contohnya: cuci, lancar dan Mac) dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan disetujui Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972. Sebelum tahun 1972, ia hanya diwakili mengikut gaya ejaan diperkenalkan hasil pengaruh Barat - Ejaan Rumi Baharu di Malaysia mengeja bunyi ini dengan dwilambang ch mengikut kelaziman bahasa Inggeris dipelopori Richard James Wilkinson manakala sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang tj mengikut kelaziman bahasa Belanda. Bunyi konsonan ini turut diwakili huruf Jawi چca.