Letupan uvular tak bersuara
| Nombor AFA | 111 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | q | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber ยท bantuan | |||
Letupan uvular tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara q dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan q dalam X-SAMPA. Bunyinya seiras dengan [k], cuma lidah menyentuh anak tekak (uvula), bukan lelangit lembut. Dalam bahasa Melayu, letupan uvular tak bersuara dipinjam dari bahasa Arab dan dilambangkan oleh huruf q, contohnya: Qur'an, taqwa dan falaq.