Letupan lelangit bersuara
| Nombor AFA | 108 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | J\ | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Letupan lelangit bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɟ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan J\ dalam X-SAMPA.
Bunyi ini serupa dengan letusan belakang gusi bersuara [dʒ] (seperti j dalam jaya), tetapi disebabkan sukarnya menyentuhkan lidah dengan lelangit keras sahaja tanpa menyentuh belakang batas gusi, maka [ɟ] kurang didapati berbanding [dʒ]. Aksara <ɟ> sering digunakan untuk melambangkan [tʃ] atau mana-mana letusan seumpamanya, contohnya dalam bahasa-bahasa Indik, dan cara ini boleh diterima apabila perlunya menentukan daerah artikulasinya, cuma perbezaan antara hentian dan letusan tidak banyak bezanya, oleh itu tidak sebegitu penting.