Lepuh
| Lepuh لڤوه | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
Lepuh pada kaki yang disebabkan oleh pemakaian selipar. | |
| ICD-10 | T14.0 |
| ICD-9 | 919.2 |
| P. Data Penyakit | 1777 |
| MedlinePlus | 003239 |
| MeSH | D001768 |
| Penafian perubatan | |
Lepuh merupakan suatu gelembung bendalir pada atas kulit, yang biasanya disebabkan oleh tindak balas terhadap kesan kebakaran, kerengsaan kulit, jangkitan atau geseran kasar. Kebanyakkan lepuh dipenuhi dengan bendalir yang dipanggil sebagai serum atau plasma. Walau bagaimanapun, lepuh juga boleh dipenuhi dengan darah (dikenali sebagai lepuh darah) atau nanah (jika ia dijangkiti).