Leping (geologi)

Leping
Kronologi
Templat:Permian graphical timeline
Etimologi
Keformalan namaFormal
SinonimPerm Akhir/Atas
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDKP konodon Clarkina postbitteri postbitteri
Sempadan bawah GSSPKeratan Penglaitan, Laibin, Guangxi, China
23°41′43″N 109°19′16″E / 23.6953°N 109.3211°E / 23.6953; 109.3211
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2004
Takrif sempadan atasDKP konodon Hindeodus parvus.
Sempadan atas GSSPMeishan, Zhejiang, China
31°04′47″N 119°42′21″E / 31.0798°N 119.7058°E / 31.0798; 119.7058
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2001

Leping merupakan nama untuk siri teratas/epok terakhir dalam tempoh Perm. Ia merupakan epok terakhir pada era Paleozoik. Epok Leping didahului oleh epok Guadalup dan diikuti oleh epok Trias Awal.

Epok Leping selalunya sinonim dengan istilah tidak rasmi Perm Akhir atau Perm Atas.

Nama ini diperkenalkan oleh Amadeus William Grabau pada tahun 1931 dan berasal dari Leping, Jiangxi di China. Ia terdiri daripada dua peringkat/usia. Peringkat pertama ialah peringkat Wuchiaping dan yang kedua ialah peringkat Changhsing.

Carta Kronostratigrafi Antarabangsa (v2018/07) memberikan umur berangka 259.1±0.5 juta tahun dahulu (jtd) untuk epok ini. Jika Bahagian dan Titik Stratotaip Sempadan Global (GSSP) telah diluluskan, sempadan bawah peringkat terawal menentukan umur berangka sesuatu epok. GSSP untuk peringkat Wuchiaping mempunyai umur berangka 259.8 ± 0.4 jtd.

Bukti daripada kitaran Milankovitch menunjukkan bahawa tempoh hari Bumi pada epok ini adalah kira-kira 22 jam.