Penyu lipas Atlantik

Penyu lipas Atlantik
Lepidochelys kempii
CITES Appendix I (CITES)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Keluarga: Cheloniidae
Genus: Lepidochelys
Spesies:
L. kempii
Nama binomial
Lepidochelys kempii
(Garman, 1880)
Sinonim
  • Thalassochelys kempii
    Garman, 1880
  • Lepidochelys kempii
    — Baur, 1890
  • Colpochelys kempii
    — O.P. Hay, 1905
  • Caretta kempii
    — Siebenrock, 1909
  • Lepidochelys olivacea kempii
    — Mertens & Wermuth, 1955
  • Lepidochelys kempii
    Fritz & Havaš, 2007

Penyu lipas Atlantik (Lepidochelys kempii), turut dikenali umum sebagai penyu Kemp, ialah spesies kura-kura dalam keluarga Cheloniidae. L. kempii merupakan spesies penyu paling langka dan sekali gus paling terancam di dunia. Ia satu daripada dua spesies hidup dalam genus Lepidochelys (yang satu lagi ialah L. olivacea, iaitu penyu lipas Pasifik).

Spesies L. kempii banyak mendiami habitat di sekitar Teluk Mexico, sungguhpun penghijrahannya ke Lautan Atlantik terkesan akibat kenaikan suhu. Penyu lipas Atlantik disenaraikan sebagai terancam bawah Endangered Species Act (ESA), dan usaha pemuliharaan sedang dilakukan untuk membina semula bilangan populasi. Aktiviti manusia, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemusnahan habitat, perubahan iklim, dan tumpahan minyak, mengancam populasi tersebut.