Leotard

Leotard (sempena Jules Léotard, Jawi: ليوتارد, juga dimelayukan sebagai leotad ليوتاد‎) atau maillot (AFA: /ma.jo/ turunan kata lama emmailloter "membalut anak dengan kain") adalah pakaian sendat ekajantina yang meliputi torso dari celah kangkang hingga ke bahu. Pakaian ini dipopularkan oleh atlet akrobatik Perancis, Jules Léotard (1838–1870). Terdapat juga leotard tanpa lengan, berlengan pendek, dan berlengan panjang. Variasi lainnya ialah unitard, yang mana ia menutupi kaki. Ia memberikan beberapa kesopanan dan gaya sambil membenarkan kebebasan pergerakan.

Leotard dipakai oleh akrobat, gimnas, penari, peluncur ais, atlet, pelakon, ahli gusti, dan penghibur sarkas baik sebagai pakaian latihan mahupun kostum persembahan. Ia selalunya dipakai dengan skirt balet di atas dan seluar sama sendat atau kadangkala seluar pendek basikal sebagai pakaian dalam. Sebagai pakaian kasual, leotard boleh dipakai dengan tali pinggang dan di bawah baju luar atau skirt pendek.

Leotard dipakai dengan memasuki bahagian kaki dan menarik lengan ke bahu. Leotard berleher skup mempunyai bukaan leher yang lebar dan dipegang oleh keanjalan pakaian. Yang lain berleher bulat atau berleher polo dan ditutup di belakang leher dengan zip atau kancing.