Lengkok bulatan
Lengkuk (atau lengkok) suatu bulatan adalah bahagian lilitannya yang tidak tertutup dan menyambungkan dua titik yang berlainan pada lilitan itu. Lengkuk yang menyambungkan dua titik ini dan mencangkum sudut yang kurang daripada π radian atau 180 darjah dikenali sebagai lengkok kecil. Bagi garisan bulatan yang menyambungkan dua titik yang berbeza dan mencangkum sudut yang lebih daripada π radian pula, ia dikenali sebagai lengkok besar.