Lembu taurina
| Lembu taurina | |
|---|---|
| Seekor lembu Galician Blond betina di Sepanyol | |
Dibelajinakkan
| |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Keluarga: | Bovidae |
| Genus: | Bos |
| Spesies: | |
| Subspesies: | B. t. taurus
|
| Nama trinomial | |
| Bos taurus taurus | |
| Sinonim | |
|
Bos taurus, Bos taurus taurus | |
Lembu taurina (Bos taurus taurus) atau lembu Eropah merupakan subspesies lembu bela jinak yang berasal dari Timur Dekat. Kedua-dua lembu taurina dan indisin (zebu) adalah keturunan aurochs. Lembu taurina asalnya dikira spesies berasingan, tetapi kini digolongkan bersama zebu dan aurochs ke dalam satu spesies iaitu Bos taurus. Kebanyakan baka lembu moden adalah taurina.
Kajian genetik menunjukkan bahawa seluruh stok lembu taurina mungkin timbul dari sekurang-kurangnya 80 ekor aurochs yang dijinakkan di kawasan hulu Mesopotamia sekitar 10,500 tahun dahulu berdekatan desa-desa Çayönü di tenggara Turki dan Dja'de el Mughara di Iraq utara.
Jujukan genom lembu taurina baka Hereford diterbitkan oleh Bovine Genome Sequencing and Analysis Consortium pada 2009.