Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia | |
| Intisari badan Berkanun | |
|---|---|
| Jenis | Badan Berkanun |
| Ibu pejabat | Ibu Pejabat LHDNM, Tingkat 14, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif badan Berkanun |
|
Agensi induk | Kementerian Kewangan Malaysia |
Laman sesawang | http://www.hasil.gov.my |
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN; juga dikenali sebagai HASiL) adalah salah satu agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1 Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut:
- Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967)
- Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (APCP 1967)
- Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976)
- Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (APP 1986)
- Akta Setem 1949
- Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 (LOBATA 1990)