Lela

Lela atau lila adalah jenis meriam Melayu yang digunakan secara meluas di rantau Nusantara. Ia mirip lantaka namun dibezakan melalui bentuk yang lebih panjang dan lubang peluru yang lebih besar. Lela boleh dikonfigurasi sebagai meriam pusing, meriam tetap, atau dipasang di pedati meriam (gun carriage). Meriam ini dilihat setara dengan rupa senjata falcon dan falconet yang didapati di Eropah.