Keropok lekor
| Keropok lekor | |
|---|---|
| Nama alternatif | Lekor |
| Jenis | Makanan |
| Jenis sajian | Makanan ringan |
| Tempat asal | Malaysia |
| Kawasan/rantau | Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing Johor |
| Dicipta oleh | Orang Pantai Timur [kelantan, terengganu, pahang dan mersing Johor] |
| Bahan utama | Ikan dan tepung sagu |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Keropok lekor (Jawi: كروڤوق ليكور; Sebutan bahasa Melayu: [kəropoʔ lekor]) atau keropok batang (Jawi: كروڤوق باتڠ) merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Kelantan,Terengganu, Pahang dan Mersing Johor Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan juga mempunyai bau ikan.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah sos cili yang pedas, mayones dan keju.