Leeds

Leeds
—  Bandar  —
Luas  111.6 km2 (43.1 bt2)
Penduduk 516,298 (anggaran 2020)
    - Kepadatan  4,626/km2 (11,980/sq mi)
Populasi boro metropolitan 812,000 (anggaran 2021; ONS)
Rujukan grid OS SE299339
Kota kecil metropolitan Bandar Leeds
Daerah metropolitan Yorkshire Barat
Kawasan Yorkshire and the Humber
Perlembagaan negara England
Negara berdaulat United Kingdom
Bandar pos LEEDS
Poskod daerah LS1-LS17
Kod panggilan 0113
Polis
Balai bomba
Ambulans
Parlimen Eropah Yorkshire and the Humber
Parlimen UK Leeds Central
Leeds East
Leeds North East
Leeds North West
Leeds West
Tapak web www.leeds.gov.uk
Senarai tempat di
UK
England

Leeds (English: /ˈldz/) ialah sebuah bandar di kaunti Yorkshire Barat, England. Bandar ini terletak di lembah Sungai Aire di kawasan kaki bukit timur Pennines. Bandar ini ialah bandar terbesar di kaunti dengan populasi 516,298 orang, dengan kawasan metropolitan Bandar Leeds memiliki jumlah penduduk seramai kira-kira 812,000 orang pada 2021. Bandar ini adalah sebahagian daripada West Yorkshire Built-up Area, kawasan perbandaran keempat terbesar UK dengan 1.7 juta orang penduduk.

Leeds pada asalnya ialah sebuah petempatan kecil pada abad ke-13, dan menjadi pusat penghasilan dan perdagangan kapas pada abad ke-17 dan ke-18 ketika Revolusi Perindustrian; selain kapas, flaks, penghasilan besi, kegiatan kejuruteraan dan percetakan juga menjadi industri utama. Daripada sebagai bandar pasar di lembah Sungai Aire pada abad ke-16, Leeds berkembang dan menjadi lebih utama berbanding kota York berdekatan, dan menyerap kampung-kampung sekeliling sehingga menjadi bandar pusat ketara menjelang abad ke-20, dan memperoleh status bandar pada 1893.

Kini, Leeds terkenal dengan pusat-pusat beli-belah yang banyak seperti Leeds Kirkgate Market. Bandar ini terletak kira-kira di tengah-tengah di antara London dan Edinburgh, dan berkedudukan di kawasan lebuh-lebuh raya utama Britain seprti M1, M62 dan A1(M), dan menempatkan stesen kereta api Leeds, salah satu stesen-stesen rel utama England Utara bersama dengan stesen Manchester Piccadilly.