Lee Hsien Yang

Lee Hsien Yang
李显扬
Ketua Pegawai Eksekutif Singtel
Dalam jawatan
1995–2007
Pengarah dan Pengerusi Bukan Eksekutif Fraser and Neave
Dalam jawatan
2007–2013
Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura
Dalam jawatan
2009–2018
Maklumat peribadi
Lahir (1957-09-24) 24 September 1957
Singapura
Parti politikParti Kemajuan Singapura (PSP) (2020–kini)
PasanganLim Suet Fern
PertalianLee Kuan Yew (bapa)
Kwa Geok Choo (ibu)
Lee Hsien Loong (abang)
Lee Wei Ling (adik)
AnakLi Shengwu (anak lelaki)
Li Huanwu (anak lelaki)
Li Shaowu (anak lelaki)
Tempat belajarKolej Trinity, Cambridge
Universiti Stanford
PekerjaanEksekutif perniagaan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Singapura
Cabang/khidmat Tentera Darat Singapura
Tahun khidmat1976 - 1994
Pangkat Brigadier Jeneral
Lee Hsien Yang
Tulisan Cina Tradisional李顯揚
Tulisan Cina Ringkas李显扬

Lee Hsien Yang (lahir 24 September 1957) ialah seorang ahli politik dan eksekutif perniagaan Singapura. Lee ialah anak lelaki Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew, dan adik Perdana Menteri kini Lee Hsien Loong. Beliau dahulunya ialah seorang Brigadier Jeneral dalam Angkatan Bersenjata Singapura.

Selepas bersara tugas dari Angkatan Bersenjata Singapura, Lee dilantik sebagai CEO Singtel pada 1995. Beliau meletakkan jawatan pada 2007 untuk menjadi Pengarah dan Pengerusi Bukan Eksekutif Fraser and Neave dan kemudian melepaskan jawatan pada 2013. Dari 2010 hingga 2018, beliau menjadi Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura.