Led Zeppelin

Led Zeppelin
Jimmy Page, John Bonham,
John Paul Jones, Robert Plant,
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
The New Yardbirds, The Nobs
AsalLondon, England
GenreHard rock, heavy metal, blues rock, folk rock
Tahun aktif1968–80
(pertemuan kembali: 1985, 1988, 1995, 2007)
Diskografi
Karya terkenal
Syarikat rakamanAtlantic, Swan Song
Kegiatan berkaitanPage and Plant, The Honeydrippers, The Yardbirds
AnggotaRobert Plant
John Bonham
Jimmy Page
John Paul Jones
Bekas anggotaRobert Plant
Jimmy Page
John Paul Jones
John Bonham
Pautan berkaitan
Tapak sesawangledzeppelin.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Led Zeppelin ([léd zép.pĕ.lin]) ialah sebuah kumpulan muzik dari England, United Kingdom. Ia ditubuhkan pada tahun 1968 dan dianggotai oleh pemain gitar Jimmy Page, penyanyi Robert Plant, John Paul Jones memain gitar bes, dan pemain dram John Bonham.

Bunyi kumpulan yang didorongi bunyi gitar yang berat, berasaskan muzik blues dalam album-album awal mereka membawa kepada pengiktirafan Led Zeppelin sebagai satu daripada pelopor heavy metal, mahupun gaya mereka dipengaruhi pelbagai sumber, termasuk muzik rakyat. Mereka sendirinya tidak pernah merilis single lagu-lagu dikaryakan yang menjadi popular di United Kingdom dengan alasan bahawa mereka lebih menyukai konsep mengkarya berorientasi album.

Setelah 25 tahun bubar akibat meninggalnya John Bonham pada tahun 1980, Led Zeppelin tetap disanjung penggemar muzik berkat pencapaian artistik berpengaruh luas dan kesuksesan komersial; terutamanya pada Led Zeppelin (1969), Led Zeppelin II (1969), Led Zeppelin III (1970), album keempat yang tidak berjudul (1971), Houses of the Holy (1973), dan Physical Graffiti (1975). Hingga saat ini, album Led Zeppelin telah laku lebih dari 300 juta keping, termasuk 109.5 juta keping laku di Amerika Syarikat, dan menjadi satu-satunya grup muzik yang berhasil menempatkan semua albumnya ke dalam urutan Top 10 tangga album Billboard. Selain itu, Led Zeppelin menempati urutan nombor satu dalam 100 Artis Hard Rock Terbesar (100 Greatest Artists of Hard Rock) VH1.