Lebuh raya dua lorong
Lebuh raya dua lorong, juga dikenali sebagai jalan raya kereta ataupun lebuh raya separa, merujuk kepada lebuh raya yang dibina selorong sahaja bagi setiap hala berbanding dengan lebih raya penuh, tetapi menggunakan piawaian geometri bagi lebuh raya biasa. Ia boleh didapati di sesetengah negara Eropah (terutamanya di Switzerland dan Austria), Jepun serta di beberapa negara lain. Lebuh raya dua lorong dibina bagi menyediakan kemudahan lebuh raya di kawasan yang mempunyai kadar aliran trafik yang sangat rendah ataupun mempunyai masalah kekurangan tanah bagi pembinaan lebuh raya, maka lebuh raya dua lorong lazimnya boleh dinaik taraf kepada lebuh raya penuh sebaik sahaja kadar aliran trafik meningkat.
Had laju di sesebuah lebuh raya dua lorong lazimnya lebih rendah daripada had laju di lebuh raya 4 lorong biasa. Contohnya, had laju bagi autobahn di Switzerland adalah sekitar 110-130 km/j, tetapi had laju di autostrasse (lebuh raya dua lorong) pula mempunyai had laju maksimum 100 km/j. Lebuh raya dua lorong ada kalanya tiada pembahagi jalan seperti di Switzerland.