Lebuhraya Rentas Pulau
Lebuhraya Rentas Pulau | |
|---|---|
Kedudukan Lebuhraya Rentas Pulau (warna biru) di dalam peta | |
| Maklumat laluan | |
| Panjang | 42.8 km (26.6 mi) |
| Wujud | 1966–kini |
| Sejarah | Siap pada tahun 1992 |
| Simpang utama | |
| Hujung barat | Tuas (AYE) |
| AYE, KJE, BKE, CTE, KPE, TPE, ECP | |
| Hujung timur | Changi Selatan (ECP) |
| Lokasi | |
| Kawasan: | Jurong, Bukit Timah, Toa Payoh, Eunos, Bedok, Tampines |
| Sistem lebuh raya | |
| Rangkaian Lebuhraya Singapura | |
Lebuhraya Rentas Pulau (Inggeris: Pan Island Expressway, Cina: 泛岛高速公路; kependekan: PIE) ialah lebuh raya terawal serta terpanjang di Singapura. Pada masa kini, ia juga adalah jalan raya terpanjang di Singapura. Ia merangkumi sepanjang laluan timur-barat di seluruh pulau, menghubungkan Tuas di sebelah barat ke Lapangan Terbang Changi di bahagian timur. Panjangnya ialah 42.8 km (26 batu).