Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor

Lebuh raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor atau Lebuhraya Assam Jawa - Taman Rimba Templer (LATAR) menghubungkan bandar Rawang, Shah Alam ke Kuala Selangor telah digunakan sejak hari raya 2011. Lebuh raya ini milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB).


Pada 23 Jun 2011 , perasmian dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dekat Plaza Tol Rimba Templer di Kuala Lumpur .

Lebuhraya Latar turut dihubungkan dengan Lebuhraya Pantai Barat sepanjang 286 km. Apabila Lebuh raya Pantai Barat siap, pengguna akan terus dihubungkan melalui susur keluar Assam Jawa ke Changkat Jering di Lebuh raya Utara-Selatan melalui kawasan pantai barat negeri Perak.Ia adalah laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang semakin sesak terutamanya ketika musim perayaan.