Lebuhraya Baru Pantai
Lebuhraya E10 | |
|---|---|
| Lebuhraya Baru Pantai New Pantai Expressway Lebuhraya NPE 新班底大道 | |
| Maklumat laluan | |
| Diselenggara oleh New Pantai Expressway Sdn Bhd | |
| Panjang | 19.6 km (12.2 mi) Hubungan utama: 14.0 km (8.7 bt) Hubungan Salak: 5.6 km (3.5 bt) |
| Wujud | 2000–kini |
| Sejarah | Siap pada 2004 |
| Simpang utama | |
| Hujung barat daya | Persiaran Tujuan di Subang Jaya, Selangor |
| Persiaran Kewajipan Lebuhraya Damansara–Puchong LP 2 Lebuhraya Persekutuan B14 Jalan Klang Lama Jalan Kuchai Lama Lebuhraya Link Timur–Barat Lebuhraya Maju | |
| Hujung timur laut | Jalan Bangsar fi Bangsar, Kuala Lumpur |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | USJ, Subang Jaya, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Kuchai Lama, Pantai Dalam, Pantai Bahru, Bangsar, Kuala Lumpur |
| Sistem lebuh raya | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Pantai Baharu (bahasa Inggeris: New Pantai Expressway, NPE) ialah sebatang lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Lebuhraya berukuran 19.6 km (12.2 batu) ini mempermudah capaian ke Kuala Lumpur dari kawasan Subang Jaya dan Bandar Sunway, mengelakkan kesesakan di laluan LP 2 Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak. NPE terdiri daripada Penghubung Utama dan Penghubung Salak. "Lebuhraya Baru Pantai" ialah nama yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, tetapi ramai yang menyangka namanya "Lebuhraya Pantai Baru".
Kilometer sifarnya terletak di Persimpangan Jengka di Subang Jaya, Selangor.