Lebuh Ayer Keroh

Laluan Persekutuan Malaysia 143
Lebuh Ayer Keroh
ليبوه ايير كروه
Jalan Tun Abdul Razak
جالن تون ابدول رازق
Maklumat laluan
Panjang11.8 km (7.3 mi)
Wujud1993–kini
Simpang utama
Hujung utara Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2EXIT 231 Persimpangan Ayer Keroh
Persimpangan utamaM29 Jalan Durian Tunggal
LP 33 Lebuh SPA
M12 Jalan Gapam-Bemban
M144 Jalan Bukit Katil
M29 Jalan Bukit Beruang
LP 142 Jalan Melaka-Batu Berendam
Hujung selatanM1 Jalan Mufti Haji Khalil ke Peringgit atau Batu Berendam
Lokasi
Destinasi
utama
Ayer Keroh
Batu Berendam
Bukit Baru
Bukit Beruang
Bukit Katil
Durian Tunggal
Peringgit
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Laluan Persekutuan 143 (dikenali sebagai Lebuh Ayer Keroh atau Jalan Tun Abdul Razak, disingkatkan sebagai FT143) ialah salah satu daripada laluan persekutuan di Malaysia. Jalan raya ini terletak di negeri Melaka dan dikenali sebagai pintu masuk utama untuk ke Bandaraya Melaka dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kerana ianya dihubungkan secara terus melalui Plaza Tol Ayer Keroh sehingga ke destinasi akhir laluan ini di Peringgit, berdekatan dengan Hospital Melaka. Kebanyakkan lokasi tumpuan pelancongan yang terdapat di Ayer Keroh terletak di sekitar jalan raya ini.

Kesemua bahagian sepanjang Laluan Persekutuan 143 merupakan jalan raya berkembar yang memiliki empat lorong (dua lorong di kedua-dua arah) dan ia dihubungkan juga dengan beberapa jalan utama untuk ke bandar dan pekan lain di Melaka. Terdapat juga sebuah laluan bertingkat di persimpangan MITC yang siap dibina pada tahun 2019 bagi tujuan penyuraian trafik berikutan pertambahan kenderaan yang menggunakan laluan ini terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. Di bahagian paling selatan laluan ini pula menghubungkan sebuah lagi jejambat yang dibina sebagai sebahagian daripada persimpangan Peringgit.