Layvin Kurzawa

Layvin Kurzawa
Kurzawa beraksi untuk PSG pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Layvin Marc Kurzawa
Tarikh lahir (1992-09-04) 4 September 1992
Tempat lahir Fréjus, Perancis
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 97
Kerjaya remaja
1996–2005 Stade Raphaëlois
2005–2007 Aix-en-Provence
2007–2010 Monaco
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2015 Monaco 75 (6)
2015– Paris Saint-Germain 106 (10)
2022–2023Fulham (pinjam) 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Perancis B19 8 (0)
2013 Perancis B20 2 (0)
2013–2014 Perancis B21 5 (3)
2014–2019 Perancis 13 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:16, 3 Februari 2023 (UTC)

Layvin Marc Kurzawa (lahir 4 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain.

Kurzawa memulakan kariernya bersama Monaco pada tahun 2010 dan seterusnya melakukan 96 penampilan dan menjaringkan lapan gol ketika bersama pasukan itu. Pada tahun 2015, beliau berpindah ke Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 23 juta euro.

Kurzawa melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Perancis pada tahun 2014.