Lawan pedang di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
| Lawan pedang di Sukan Olimpik XXXII | |
|---|---|
| Tempat | Makuhari Messe |
| Tarikh | 24 Julai - 1 Ogos 2021 |
| Bil. acara | 12 |
| Pesaing | 261 dari 42 negara |
Lawan pedang di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 Julai hingga 1 Ogos 2021 di Makuhari Messe, Chiba. Sebanyak 12 acara dipertandingkan, iaitu buat pertama kali acara individu dan berpasukan telah diadakan dalam kesemua tiga jenis senjata untuk lelaki dan wanita.
Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.