Laurent Gbagbo
Laurent Koudou Gbagbo | |
|---|---|
Gbagbo | |
| Presiden Côte d'Ivoire | |
| Dalam jawatan 26 Oktober 2000 – 11 April 2011* | |
| Perdana Menteri | Seydou Diarra Pascal Affi N'Guessan Seydou Diarra Charles Konan Banny Guillaume Soro |
| Didahului oleh | Robert Guéï |
| Digantikan oleh | Alassane Ouattara |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 31 Mei 1945 Gagnoa, Côte d'Ivoire |
| Parti politik | Frente Popular de Côte d'Ivoire |
| Pasangan | Simone Gbagbo |
| Tempat belajar | Universiti Paris Diderot |
| Laman web | http://www.gbagbo.ci/ |
| |
Laurent Koudou Gbagbo (Sebutan bahasa Perancis: [loʁɑ̃ baɡbo]; lahir 31 Mei 1945) adalah Presiden Ivory Coast sejak 2000. Sebelumnya seorang guru, Gbagbo merupakan antara lawan utama Presiden Félix Houphouët-Boigny. Apabila Robert Guéï yang mengetuai pemerintahan tentera melarang ahli-ahli politik lain daripada mencabarnya di pilihan raya presiden Oktober 2000, Gbagbo menuntut kemenangan selepas pilihan raya itu dan para penyokongnya menggulingkan Guéï lalu mengangkat Gbagbo was sebagai Presiden.
Ekoran pilihan raya presiden pada tahun 2010, Gbagbo enggan mengaku kalah dan membatalkan keputusan daripada sembilan kawasan di negaranya. Alassane Ouattara diiktiraf sebagai pemenang oleh pemerhati pilihan raya, masyarakat antarabangsa, Kesatuan Afrika, dan Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat yang ketika ini menggantung keahlian Côte d'Ivoire.
Selepas satu konflik saudara pendek, Gbagbo ditahan oleh Tentera Republikan Côte d'Ivoire pada April 2011. Pada bulan November, beliau diekstradisi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, menjadi ketua negara pertama dalam tahanan mehkamah itu.