Geli-geli

Gegeli
Gegeli duri, Lasia spinosa
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Lasia
Spesies:
L. spinosa
Nama binomial
Lasia spinosa
(L.) Thwaites
Sinonim
  • Dracontium spinosum L.
  • Lasia aculeata Lour.
  • Lasia crassifolia Engl.
  • Lasia crassifolia f. angustisecta Engl.
  • Lasia crassifolia f. latisecta Engl.
  • Lasia desciscens Schott
  • Lasia hermannii Schott
  • Lasia heterophylla (Roxb.) Schott
  • Lasia jenkinsii Schott
  • Lasia loureiroi Schott
  • Lasia roxburghii Griff.
  • Lasia zollingeri Schott
  • Pothos heterophyllus Roxb.
  • Pothos lasia Roxb.
  • Pothos spinosus Buch.-Ham. ex Wall.

Geli-geli, gegeli, segeli, bekil atau nyambing (Lasia spinosa) ialah spesies tumbuhan herba dalam keluarga talas-talasan, Araceae. Ia tumbuh di kawasan tropika dan subtropika bertanah lembap. Tumbuhan ini tempatan dari benua kecil India, China Selatan dan Tengah, Taiwan, Indochina, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, dan New Guinea. Tumbuhan ini turut dipanggil gali-gali, keladi gegeli dan keladi keris.

Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan cara direbus dan dicecahkan bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau cecahan yang lain. Rasanya lemak, seakan-akan asparagus. Ia perlu direbus sehingga masak dahulu sebelum dimakan untuk menghilangkan toksik dan tidak boleh dimakan mentah.