Penyata Razak 1956

Penyata Razak 1956
ڤڽاتا رازق ١٩٥٦
Tajuk asalPenyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
DibentangkanMei 1956
NegaraMalaysia 
PengarangJawatankuasa Pelajaran 1955
SubjekPendidikan
TujuanMemperkenalkan peraturan pelajaran yang meliputi kesemua bangsa dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
sunting · sunting di Wikidata

Penyata Razak 1956 (nama rasmi laporan: Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956) ialah penyata pendidikan yang telah disediakan oleh satu jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Pelajaran 1955, diketuai oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Hussein. Penyata ini diterbitkan bertujuan untuk membentuk identiti bangsa Malaya melalui pendidikan dan menubuhkan peraturan pendidikan kebangsaan. Nama laporan ini telah diambil sempena nama Tun Abdul Razak.

Intipati paling utama dalam Penyata ini adalah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah, universiti dan maktab perguruan. Selain itu, Penyata ini juga mengkaji sistem pendidikan kebangsaan, menggantikan sistem pendidikan yang berasaskan perkauman. Selain itu, Penyata Razak mencadangkan penubuhan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Walaupun penggunaan bahasa selain bahasa Melayu dibenarkan di sekolah SRJK, subjek bahasa Melayu masih lagi merupakan subjek wajib yang perlu diajar kepada murid-murid di sekolah ini.

Matlamat Razak adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya. Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.