Lapisan dermis

Lapisan dermis atau korium merupakan lapisan kedua kulit. Lapisan ini terdiri daripada tisu penghubung yang berkembang daripada mesoderma iaitu bahagian tengah daripada 3 lapisan primer embrio. Dermis bertindak untuk menyokong lapisan epidermis dan mengikatnya pada lapisan dalam, iaitu lapisan hipodermis.

Dermis mempunyai ketebalan kira-kira 0.25 ke 2.55 mm dan lapisan yang paling tebal terletak di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Lapisan dermis yang paling nipis pula terletak di bahagian kelopak mata, penis dan skrotum.