Landslyde

Landslyde
Nama lahirChandrakumar a/l Balakrishnan
Juga dikenali
sebagai
Land Slyde
Kelahiran (1974-12-14) 14 Disember 1974
Perak, Malaysia
GenreHip hop, rap
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikVokal
Tahun aktif1994–kini
Kegiatan berkaitanPoetic Ammo, Dragon Red
sunting · sunting di Wikidata

Chandrakumar a/l Balakrishnan (lahir 14 Disember 1974) atau lebih dikenali sebagai Landslyde ialah seorang penyanyi dan juga bekas ahli kumpulan hip hop Malaysia, Poetic Ammo. Beliau menerbitkan dua album bersama Poetic Ammo sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2001 dan menubuhkan kumpulan rap rock, Dragon Red di mana beliau merakamkan dua album bersama kumpulan itu. Dragon Red memenangi Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2007. Landslyde ialah satu-satunya individu yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Adiknya, Sashi Kumar (C. Loco) juga ialah ahli Poetic Ammo.