Landak

Landak
Seekor landak Amerika Utara,
Erethizon dorsatum
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Hystricomorpha
Infraorder:
Hystricognathi

Landak (Jawi: لندق) merupakan sejenis rodensia yang berbulu tajam seperti duri yang meliputi bahagian atas badan. Spesies-spesies landak ada dua keluarga iaitu keluarga Hystricidae yang bertaburan di Asia dan Afrika dan keluarga Erethizontidae yang ditemukan di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Spesies-spesies landak Hystricidae besar dan duduk di atas tanah manakala spesies-spesies landak Erethizontidae berbadan kecil dan boleh memanjat pokok-pokok hutan.