Lan Yusof

Lan Yusof
Kelahiran
Muhammad Razlan bin Mohamed Yusof

(1985-06-11) 11 Jun 1985
Nama lain
  • Lan Kristal (1999-2017)
  • Lan Solo (2017-kini)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi
  • Pencipta lagu
Tahun aktif1999–kini
PasanganNur Sheila Hassim (k. 2009)
Anak-anak4
IbuRosiyah Mad Ali
BapaMohamed Yusof Isa
Kerjaya muzik
GenrePop, Rock
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan

Muhammad Razlan Mohamed Yusof (lahir 11 Jun 1985) atau lebih dikenali sebagai Lan Kristal atau kemudian sebagai Lan Solo dan kini lebih dikenali sebagai Lan Yusof merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau ialah bekas vokalis Kumpulan Kristal dari tahun 1999 sehingga membuat keputusan mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya sejak pada November 2017. Walau bagaimanapun, selepas mengundurkan diri daripada kumpulan itu, Lan merancang membuat persembahan dengan lima orang anggota asal yang kini bekas ahli Kristal iaitu Ainol, Ezal, Ejan, Amai dan Joe pada Mac 2019.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ke-4 pada 2017 di mana beliau mendapat tempat ke-3.