Lan Xang
Kerajaan Lang Xang ອານາຈັກລ້ານຊ້າງ | |||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1353–1707 | |||||||||||||||||
Kawasan pengaruh dan jiran Lan Xang, sekitar 1540 | |||||||||||||||||
| Ibu negara | Luang Prabang (1353–1560) Vientiane (1560–1707) | ||||||||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Lao | ||||||||||||||||
| Agama | Buddhisme | ||||||||||||||||
| Kerajaan | Raja mutlak | ||||||||||||||||
| Raja | |||||||||||||||||
• 1353–1385 | Fa Ngum | ||||||||||||||||
• 1373–1416 | Samsenethai | ||||||||||||||||
• 1548–1571 | Setthathirath | ||||||||||||||||
• 1637–1694 | Sourigna Vongsa | ||||||||||||||||
| Era Sejarah | Zaman Pertengahan dan Renaissance | ||||||||||||||||
• Penubuhan oleh Fa Ngum | 1353 | ||||||||||||||||
• Perpecahan kerajaan | 1707 | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Kerajaan Lan Xang Hom Khao (Bahasa Laos: ລ້ານຊ້າງຮົ່ມຂາວ lān sāng hom khāo, pronounced [lâːn sâːŋ hōm kʰǎːw]; "Sejuta Gajah dan Payung Putih") ialah sebuah kerajaan Lao yang wujud pada tahun 1353 hingga 1707. Pada masa kewujudannya, Lan Xang ialah salah satu daripada empayar-empayar terbesar Asia Tenggara. Istilah Lan Xang merujuk kepada kekuatan kerajaan serta bala tentera kerajaan yang dimiliki. Lan Xang juga membentuk asas kepada kebudayaan Laos serta pemula terhadap sejarah dan pembentukan negara Laos moden.