Lamniformes

Lamniformes
Julat zaman:
Yu putih, Carcharodon carcharias
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Subkelas: Elasmobranchii
Infrakelas: Euselachii
Superorder: Selachimorpha
Order: Lamniformes
L. S. Berg, 1958

Lamniformes (dari Yunani, lamna, "ikan pemangsa") ialah sebuah order ikan yu yang biasanya dikenal sebagai yu makerel (mungkin juga merujuk kepada keluarga Lamnidae). Order ini memasukan juga spesies ikan yu paling terkenal seperti yu putih, serta yang kurang masyhur seperti yu goblin dan yu mulut besar.

Anggota order dikenal pasti dengan memiliki dua sirip punggung, satu sirip anus, lima celah insang, mata tidak memiliki selaput niktitasi, dan mulut memanjang di belakang mata. Spesies dalam dua keluarga Lamniformes– Lamnidae dan Alopiidae, dibezakan kerana mengekalkan suhu badan yang lebih tinggi daripada air sekelilingnya.