Laluan Yamanote

Laluan Yamanote
JY
EMU E235 series Laluan Yamanote pada Mac 2019
Umum
Nama asal山手線
LokasiTokyo, Jepun
TerminalShinagawa (lingkaran)
Stesen30
Warna pada peta (#9acd32)
Operasi
Dibuka1 Mac 1885 (1885-03-01)
PemilikJR East
Pengendali JR East
DepotTokyo General Rolling Stock Centre
Stok kereta apiE235 series
Teknikal
Panjang aliran34.5 km (21.4 bt)
Bilangan landasanDouble-track
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
PengelektrikanTemplat:1,500 V DC overhead line
Kelajuan operasi90 km/j (55 mph)
Kecerunan maksimum3.4%
Peta laluan

Laluan Yamanote (Jepun: 山手線, rumi: Yamanote-sen) ialah laluan kereta api lingkaran di Tokyo, Jepun, yang dikendalikan oleh Syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR East). Laluan ini merupakan laluan tersibuk dan terpenting di Tokyo dengan menghubungkan stesen utama di pusat-pusat bandar di Tokyo, termasuk Marunouchi, kawasan Yūrakuchō/Ginza, Shinagawa, Shibuya, Shinjuku, Ikebukuro dan Ueno. 28 daripada 30 stesen laluan ini bersambung dengan laluan-laluan kereta api lain yang lain.

Secara dalaman, JR East merujuk "Laluan Yamanote" sebagai koridor landasan empatan 20.6 km (12.8 bt) antara Shinagawa dan Tabata melalui Shinjuku. Koridor ini terdiri daripada sepasang trek yang digunakan oleh kereta api tempatan Yamanote dengan sepasang trek lain yang selari dinamakan "Laluan Kereta Api Barangan Angkut Yamanote" yang digunakan oleh kereta api laluan Saikyō dan Shōnan-Shinjuku, beberapa perkhidmatan ekspres terhad dan kereta api barangan angkut. Dalam urusan harian, penamaan laluan ini pada peta dan papan tanda stesen, "Yamanote Line" merujuk kepada perkhidmatan kereta api tempatan yang menjalankan keseluruhan 34.5 km (21.4 bt) laluan lingkaran antara koridor Yamanote melalui Stesen Shinjuku dan bahagian tengah Laluan Utama Tōhoku dan Tōkaidō Melalui Stesen Tokyo. (Artikel ini menggunakan definisi yang sama melainkan dinyatakan sebaliknya.)