Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi
| Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi | |
|---|---|
Stesen Suvarnabhumi | |
| Umum | |
| Nama asal | รถไฟฟ้าเชื่อมท่าอากาศยานสุวรรณภูมิ |
| Jenis | Komuter dan ekspres |
| Sistem | Kereta api lapangan terbang |
| Status | Beroperasi |
| Terminal | Lapangan Terbang Suvarnabhumi Phaya Thai |
| Stesen | 8 |
| Penumpang harian | 57,800 |
| Laman sesawang | www |
| Operasi | |
| Dibuka | 23 Ogos 2010 |
| Pemilik | Kereta Api Negara Thailand |
| Pengendali | SRT Electrified Train |
| Stok kereta api | Siemens Desiro Kelas 360/2 |
| Teknikal | |
| Panjang aliran | 28.4 km (17.6 bt) (anggaran) (dirancang 48.6 km) |
| Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8½ in) pada tolok piawai |
| Pengelektrikan | Talian overhed, 25 kV AC |
| Kelajuan operasi |
|
Error in template * unknown parameter name (Templat:Kotak info laluan kereta api): "Purata jarak; Askara; Notakaki aliran; Kapsyen peta; Notakaki landasan" (Lihat senarai parameter).
Ralat ini adalah tidak berbahaya. Mesej itu ditunjukkan hanya dalam Paparkan pralihat, ia tidak akan menunjukkan selepas Terbit perubahan.
Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi (Thai: รถไฟฟ้าเชื่อมท่าอากาศยานสุวรรณภูมิ; singkatan: SARL) merupakan perkhidmatan kereta api ekspres dan komuter yang menghubungkan Lapangan Terbang Suvarnabhumi melalui Makkasan dengan stesen Phaya Thai di tengah bandar raya Bangkok, Thailand. Sistem kereta api ini dimiliki oleh Kereta Api Negara Thailand (SRT) dan dikendalikan oleh anak syarikat SRT iaitu SRT Electrified Train.
Laluan kereta api sepanjang 28.6 kilometer (17.8 bt) ini dibuka kepada pengguna pada 23 Ogos 2010. Perkhidmatan laluan ini pada asalnya terdiri daripada perkhidmatan ekspres dan laluan bandar, serta rel komuter yang memberi khidmat melalui lapan stesen.